• MEPS
  • MEPS
  • MEPS
  • MEPS
  • MEPS Services
  • MEPS Real-Time Transaction for only RM0.50
  • MEPS Remember to pay your bills on time

Ia Sememangnya Penting.

ATM MEPS memenuhi keperluan perbankan anda supaya anda mempunyai lebih banyak masa untuk orang yang tersayang. Kami memahami keperluan anda untuk mempunyai pilihan yang selamat, pantas dan mudah bagi membuat pemindahan wang, transaksi pembayaran dan pengeluaran tunai. Jadi, anda pasti dapat mencari MEPS ATM yang rapat dengan anda.

Pemindahan
Segera

Melaksanakan pemindahan wang di ATM MEPS dengan serta-merta, dari akaun bank anda ke mana-mana akaun bank. Dijalankan secara atas talian dan dalam masa nyata, ia bertujuan untuk memudahkan kehidupan semua orang, kerana ia sememangnya penting.

Pembayaran Pinjaman /
Pembiayaan Kewangan

Menjelaskan komitmen bulanan anda di satu tempat. Melakukan pembayaran balik serta-merta bagi pinjaman perumahan, sewa beli atau pinjaman peribadi anda dari beberapa bank di ATM MEPS.

Pembayaran
Kad Kredit

Pembayaran pelbagai kad kredit secara serentak kini boleh dijalankan di ATM MEPS di seluruh negara. Kemudahan dan keselamatan anda adalah keutamaan kami.

Pengeluaran
Wang Tunai

Tidak kira apa jua bank yang anda gunakan, dengan MEPS ATM, anda dapat melakukan pengeluaran wang tunai di seluruh negara di mana sahaja. Tersedia untuk anda selama 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ia begitu mudah dengan MEPS.

Segera
Pemprosesan segera

Apabila urusniaga pembayaran dibuat atau pemindahan wang dilaksanakan, anda boleh yakin ia sedang diproses dengan serta-merta untuk memastikan penerimaan segera di pihak penerima.

Selamat

Selamat & Terjamin

Menjalankan transaksi dengan yakin. ATM MEPS menjadikannya selamat untuk anda menjalankan perbankan harian secara terjamin. Dengan memaparkan nama penerima apabila anda membuat pemindahan dana, ATM MEPS meminimumkan kemungkinan kesilapan mengkredit.

Mudah

Di ATM MEPS atau mana-mana 12,500 ATM di seluruh negara.

Memudahkan perbankan, ATM MEPS beroperasi sepanjang masa. Sama ada di ATM MEPS atau mana-mana 12,300 bank di seluruh negara, kami memastikan keperluan perbankan anda terjamin setiap masa melalui rangkaian kami yang luas. Ketahui ATM MEPS berhampiran anda hari ini.

Perkhidmatan ini boleh didapati di ATM bank-bank berikut:

Pengeluaran Wang Tunai Merentas Sempadan dalam rangkaian ATM MEPS

Jika anda seorang warganegara asing di Malaysia, anda tidak perlu bimbang tentang wang tunai kerana ATM MEPS telah menyediakan perkhidmatan pengeluaran wang tunai merentas sempadan kepada pelancong-pelancong dari negara jiran seperti Indonesia, Singapura, Vietnam, China dan Korea Selatan.

MEPS-Indonesia MEPS-Singapore MEPS-Thailand MEPS-Vietnam MEPS-China MEPS-Korea

MEPS Facebook Page

MEPS Youtube