ATM MEPS

Rangkaian ATM MEPS menyediakan perkhidmatan perbankan layan diri yang menggabungkan kemudahan dan keselamatan untuk pengguna. Untuk memenuhi keperluan dan kehendak setiap pengguna, beberapa ciri kemudahan seperti pengeluaran tunai dan perkhidmatan pertanyaan baki telah disediakan pada ATM MEPS. Di samping itu, terdapat juga pelbagai perkhidmatan perbankan asas yang boleh diakses melalui ATM MEPS. Perkhidmatan ini termasuk :

Pemindahan
Segera

Pembayaran Pinjaman /
Pembiayaan Kewangan

Pembayaran
Kad Kredit

Mulai 1 Jun 2015, piawai bayaran RM0.53 (termasuk Goods & Services Tax atau GST) akan dikenakan ke atas semua perkhidmatan pemindahan wang MEPS seperti Pemindahan Segera, Pembayaran Kad Kredit dan Pembayaran Pembiayaan / Pinjaman, bagi pemegang kad bank tempatan dan luar negara.

Pengeluaran
Wang Tunai

Pengeluaran Tunai - RM1.06, termasuk 6% Goods & Services Tax (GST). Bagi pemegang kad bank luar negara, sila layari laman web bank anda untuk senarai caj bayaran, termasuk GST.

Pertanyaan
Baki

Pertanyaan Baki di semua ATM MEPS adalah percuma.

Pengeluaran Wang Tunai
Merentas Sempadan

Sila rujuk kepada segmen “Pengeluaran Wang Tunai Merentas Sempadan” di bawah.

Kadar Penukaran Mata Wang
Dinamik MasterCard

Para pemegang MasterCard kini mempunyai pilihan untuk mengeluarkan wang tunai ringgit berdasarkan kadar penukaran mata wang tempatan mereka. Kami berusaha untuk memberikan kadar penukaran mata wang yang terbaik untuk kemudahan pelanggan kami. Kadar penukaran mata wang akan dipaparkan di skrin ATM sebelum pelanggan ingin mengeluarkan wang tunai. Pemegang MasterCard tidak perlu menunggu penyata bank untuk menyemak kadar penukaran wang mata lagi.

Melalui rangkaian ATM bank-bank tempatan dan antarabangsa, MEPS menyediakan perkhidmatan ATM yang meluas.

Pendaftaran atau langganan tidak diperlukan. Perkhidmatan ini telah disediakan untuk para pelanggan bank-bank yang terlibat.

ATM kami beroperasi 24-jam sehari, 7-hari seminggu.

ATM MEPS memaparkan empat (4) pilihan bahasa (Yang PERTAMA di Malaysia). Pilihan bahasa yang dipaparkan ialah:

  • Bahasa Malaysia
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil

Dapatkan lokasi ATM MEPS yang terdekat

Berikut adalah senarai lokasi ATM bank-bank lain:

Transaksi yang anda boleh lakukan di ATM

:

Pemegang Kad Bank Pengeluaran Wang Tunai Pemindahan Segera Pembayaran Kad Kredit Pembayaran Pinjaman / Pembiayaan Kewangan
Affin Bank
Agrobank
Alliance Bank
Ambank
Bank Islam
Bank Muamalat
Bank Rakyat
Bank Simpanan Nasional
CIMB Bank
Citibank
Hong Leong Bank
HSBC Bank
Kuwait Finance House
Maybank
Public Bank
RHB Bank

Transaksi yang anda boleh lakukan di ATM bank-bank yang lain:

Pemegang Kad Bank Pengeluaran Wang Tunai Pemindahan Segera Pembayaran Kad Kredit Pembayaran Pinjaman / Pembiayaan Kewangan e-Pindahan Wang Antara Bank
Affin Bank
Agrobank
Alliance Bank
Al Rajhi Bank
Ambank
Bank Islam
Bank Muamalat
Bank Rakyat
Bank Simpanan Nasional
CIMB Bank
Citibank
Hong Leong Bank
HSBC Bank
Kuwait Finance House
Maybank
OCBC Bank
Public Bank
RHB Bank
Standard Chartered Bank
UOB Bank

Perkhidmatan Pengeluaran Wang Tunai Merentas Sempadan

Anda boleh membuat pengeluaran wang tunai merentas sempadan di semua ATM MEPS! Anda hanya perlu merujuk kepada logo bank pilihan anda di panel hadapan ATM MEPS.

Tip-tip Untuk:

Melindungi Kad ATM

Pastikan kad anda disimpan di tempat yang selamat.

Hafal nombor pengenalan peribadi (PIN) anda.

Pastikan PIN tidak disimpan bersama kad anda atau memberitahu PIN anda kepada sesesiapa.

Simpan resit ATM anda untuk semakan dengan penyata bulanan. Cara ini melindungi diri anda dari segala perbedaan dan kegiatan penipuan.

Semasa menggunakan kad ATM anda di mesin ATM

  • Elakkan dari membuat transaksi pada waktu malam. Jika perlu, bawa bersama rakan anda.
  • Pastikan kad anda telah tersedia. Elakkan dari tergesa-gesa mencari kad anda di dalam dompet.
  • Pastikan orang di belakang tidak dapat melihat PIN atau jumlah transaksi. Simpan wang tunai, kad dan resit dengan segera setelah melengkapkan transaksi.
  • Batalkan urus niaga anda dan tinggalkan tempat itu dengan segera jika anda melihat sesiapa atau perkara yang mencurigakan.
  • Pergi ke kawasan yang sibuk dan terang jika seseorang mengekori anda selepas membuat transaksi.
  • Jangan biarkan kereta anda tidak berkunci atau enjin dihidupkan apabila anda keluar untuk menggunakan ATM.

MEPS Facebook Page

MEPS Youtube